Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

 

Mahkamah Majistret Ipoh membenarkan permohonan reman selama empat hari kepada seorang pengarah urusan sebuah syarikat hartanah bagi membantu siasatan kes pemecahan lot membabitkan kira-kira 650 hektar Tanah Rizab Melayu di Mukim Manjong, Perak.

Permohonan reman SPRM dilakukan di Mahkamah Majistret Ipoh, sekitar jam 9 padi semalam.



Syarikat suspek dipercayai terbabit melakukan pemecahan lot tanah di mukim berkenaan menjadi tanah bukan Melayu.

Ia eterusnya dijual menjadi lot rumah dan banglo.

Siasatan SPRM juga mendapati sejumlah 317 lot yang dipecahkan kepada individu serta syarikat, yang sebahagian besarnya adalah bukan Melayu.

Siasatan juga mendapati mendapati syarikat itu disyaki membayar rasuah kepada kakitangan kerajaan untuk mengubah tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu di Setiawan.



Penahanan suspek adalah rentetan kepada tangkapan seorang bekas Timbalan Pendaftar Hakmilik di Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak.

Beliau sudah dituduh di Mahkamah Sesyen Ipoh, bulan lalu.

Bekas Timbalan Pendaftar PTG Perak, Rosli Che Mohamed dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan menipu agensi kerajaan negeri.

Ianya melibatkan pemecahan lot tanah Rizab Melayu membabitkan kawasan seluas 649.2 hektar di Sitiawan, 12 tahun lalu.



“Selepas pengubahan status tanah itu, ia dipecahkan lot untuk pelbagai kegunaan.”

“Seperti lot kediaman dan dijual kepada bukan Melayu untuk dijadikan hartanah mereka.”

“SPRM setakat ini dapat mengesan sejumlah 317 pecahan hak milik atau lot daripada 650 hektar tanah rizab Melayu yang ditukar hak milik itu,” jelas sumber SPRM.

Merekalah sebenarnya pengkhianat bangsa Melayu yang selama ini hidup mewah dengan darah dan airmata bangsa sendiri.



 

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button