Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?

 

Isham Jalil adalah bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipecat yang juga bekas calon Barisan Nasional yang kalah dalam PRU 15 untuk parlimen Shah Alam.

Sejak beliau dipecat dari UMNO atas masalah disiplin.



Sehingga kini Isham masih lagi belum diterima oleh mana-mana parti politik.

Cuba melakunkan watak sebagai penyokong tegar DS Najib.

Tetapi akhirnya terbongkar bahawa beliau sebenarnya cuba menggunakan populariti DS Najib untuk kepentingan peribadi.

Selepas beliau dipecat dari UMNO, Isham ibarat menjadi makhluk belaan yang tidak bertuan.



UMNO sudah begitu banyak membantu beliau.

Tetapi telah dikritik dengan keras, mungkin kerana kekecewaan akibat disingkir dan impian mendaki tangga kepimpinan UMNO tidak kesampaian.

Baru-baru ini, melalui laman sosial Facebook, beliau menyanggah kenyataan seorang ahli MKT UMNO bahawa ramai yang berada di luar UMNO, ingin bersama UMNO semula.

Beliau juga mendakwa, ramai wartawan bertanya kepada beliau mengenai kenyataan ahli MKT UMNO tersebut.



Penulis tidak pasti, wartawan mana yang bertanya beliau kerana kenyataan beliau tidak disiarkan di mana-mana media.

Mungkin yang bertanya kepada beliau adalah wartawan dari Afrika Selatan.

Atau mungkin juga wartawan tempatan yang bertanya, tetapi disebabkan kenyataan yang diberi tidak berfakta, maka ia dianggap tiada nilai berita.

Isham menuduh kenyataan tersebut sebagai bukti bahawa UMNO kini terdesak dan realitinya ramai yang berada di dalam UMNO mahu keluar dari UMNO.



Dengan muka tak bersalah juga Isham mengatakan, beliau tidak akan sekali-kali kembali pada UMNO.

Siapa pula yang jemput Isham ke dalam UMNO, you are very naughty Isham…😂😂😂

UMNO Masih Di Segani Kawan Dan Di Geruni Lawan

 

Kalau benar orang sudah tidak pedulikan UMNO, tidak ada siapa yang akan ambil tahu tentang UMNO, apa lagi menyerang UMNO.



Contoh seperti parti Pejuang, parti Gerakan dan Perkasa.

Tak ada siapa yang serang parti tersebut, ambil tahu pun tak nak, buang masa jer…

Kenapa UMNO terus diserang?

Sebab mereka tahu UMNO kini ibarat harimau yang mula pulih dari kecederaan.



Bila-bila masa harimau tersebut akan membaham mangsa mereka.

Lebih menakutkan mereka, orang Melayu sudah mula memberi salam kepada rumah UMNO sebelum dibolehkan masuk ke dalam.

Jadi pelbagai tuduhan dan fitnah ditaburkan untuk menanam naratif bahawa UMNO kini sudah tersasar dari matlamat perjuangan asal.

UMNO kini sudah mengabaikan nasib orang Melayu.

Tujuan mereka hanya satu, menghalang orang Melayu dari terus menyokong UMNO.

Kerana mereka sedar, kalau ini berlaku, bermakna parti mereka akan berkubur.

Tetapi modus operandi Isham dalam menjayakan misi musuh UMNO tidak berkesan dan gagal.

Sebab itu hingga kini, tidak ada mana-mana parti yang mahu mengambil Isham kerana mereka tidak nampak ada nilai tambah kepada parti mereka.

Jadi, ada sesiapa yang berminat dengan budak nie…🤥🤥🤥

 

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Meet Us:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button