Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing

Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing

Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing

 

Sebelum ini terdedah isu ramai pemilik Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kuala Lumpur sewakan rumah mereka kepada warga asing.

Menurut DBKL, pemilik rumah berkenaan meraih keuntungan berlipat kali ganda hasil dari perbuatan haram tersebut.



DBKL menyewakan rumah PPR kepada warga tempatan dengan kadar sewa hanya RM124 setiap bulan.

Tetapi mereka menyewakan rumah PPR tersebut kepada warga asing dengan kadar sewa dari RM600 hingga RM1,200 setiap bulan bergantung kepada lokasi.

Ini bermakna, setiap bulan pemilik rumah PPR meraih keuntungan sehingga 10 kali ganda.

Di mana silapnya, adakah pemilihan penyewa rumah PPR terdapat sesuatu yang tidak mengikuti syarat yang ditetapkan.



Atau mungkinkah kerana sikap tamak penyewa rumah PPR tersebut.

Kini, dalam Ops Kutip yang dijalankan oleh Jabatan Imigresin Malaysia (JIM), terdedah satu lagi kegiatan haram warga tempatan.

Sangat mengejutkan bila Ketua Pengarah Imigresen, Ruslin Jusoh, mendedahkan penempatan haram warga asing itu sebenarnya disewa dengan bayaran RM400 sebulan dari warga tempatan.

Lebih mengejutkan, tapak rumah yang disewakan itu adalah tanah rizab DBKL.



Sangat menghairankan, penempatan haram di tanah rizab DBKL telah berlaku bukan sebulan dua yang lalu.

Tetapi dari maklumat warga asing tersebut, mereka telah menyewa tanah tersebut sejak 4 tahun yang lalu.

Persoalannya, bagaimana perkara sebegini tidak disedari oleh pihak DBKL dan hanya terdedah selepas Ops Kutip Jabatan Imigresen Malaysia lakukan?

Bukankah DBKL mempunyai ratusan dan mungkin ribuan penguatkuasa yang meronda 7 hari seminggu dan 24 jam satu hari.



Bagaimana mereka boleh terlepas pandang perkara ini selama 4 tahun?

Dan ada antara warga asing yang ditahan di tanah rizab berkenaan adalah PATI yang tidak mempunyai dokumen perjalanan.

Apa sebenarnya yang sudah berlaku kepada DBKL.

Dr Zaleha, Datuk Bandar dan DBKL mesti menangani isu ini dengan serius dan segera.



Bongkar sehingga ke akar umbi dan heret mereka yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan dengan segera.

 

Terdedah Ada Pihak Yang Sewakan Tanah Rizab DBKL Kepada Warga Asing

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Meet Us:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button