UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti

UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti

UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti

 

DalamĀ temubual eksklusif antara Tengku Razaleigh (Ku Li) dengan FMT, beliau berkata perpecahan orang Melayu membawa kepada penubuhan pelbagai parti ketika ini.

Hal ini telah melemahkan pengaruh politik kolektif orang Melayu.



Ku Li menggesa UMNO mengajak orang Melayu kembali ke pangkuannya.

Serta ahli parti politik serpihannya seperti PPBM dan PAS bersama dengannya semula.

Beliau berpendapat PPBM dan PAS mendapat sokongan besar pengundi Melayu disebabkan rasa tidak puas hati terhadap ketidakupayaan UMNO berpegang kepada prinsipnya.

Penulis menghormati Ku Li sebagai veteran UMNO dan negarawan yang banyak menabur jasa kepada orang Melayu.



Tidak dapat dinafikan, kewujudan Petronas dan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) adalah legasi yang Ku Li tinggalkan untuk orang Melayu.

Walau pun BBMB akhirnya telah dimusnahkan oleh Dr Mahathir di era pemerintahan beliau selama 22 tahun.

Tapak WTC yang kini telah berdiri megah bangunan ibupejabat UMNO juga adalah sedekah jariah Ku Li kepada UMNO.

Beliau menjual tanah tersebut dengan harga hanya RM1 kepada UMNO.



Namun begitu, di sebalik rasa hormat penulis, tidak semestinya yang hitam penulis mesti mengatakan ianya putih.

Hanya semata-mata kerana ianya keluar dari mulut Ku Li.

Gesaan Ku Li Boleh Membunuh UMNO

 

Gesaan Ku Li supaya UMNO membuka pintu kepada pemimpin dan ahli PPBM serta PAS sebenarnya membawa beberapa implikasi besar yang negatif kepada UMNO.



Lebih-lebih lagi sekiranya UMNO menjemput kembali pengkhianat UMNO kembali ke pangkuan UMNO.

UMNO akan dilihat sebagai parti yang terdesak untuk kembali berkuasa dengan cara yang sangat tidak bermaruah.

Bukankah sebelum ini yang cuba membunuh UMNO adalah pemimpin PPBM?

Lupakah Ku Li yang mengkhianati UMNO dalam kerjasama Muafakat Nasional adalah PAS?



Serta bukankah yang menghancurkan UMNO dari dalam adalah pengkhianat yang telah dipecat?

Apakah Ku Li mahu melihat UMNO sekali lagi hancur dengan menjemput mereka masuk ke rumah UMNO?

Benar, UMNO kini berada dalam keadaan yang sangat lemah kerana hilang sokongan orang Melayu.

Tetapi itu tidak bermakna UMNO akan berkubur.



Proses pemulihan tidak akan berlaku dalam sekelip mata.

Jangan lupa, PKR pernah memiliki hanya satu kerusi parlimen, tetapi mereka bangkit semula.

Sekiranya PKR mampu melakukannya, mengapa tidak UMNO.

Orang Melayu menjauhkan diri dari UMNO kerana mereka tidak diberikan kefahaman yang betul mengenai dasar dan keputusan parti.

Jentera penerangan UMNO di peringkat akar umbi mesti bertindak dengan lebih berkesan untuk mengatasi masalah ini.

Ada juga berita yang mengatakan ada antara jentera penerangan akar umbi masih dipengaruhi dan dikuasai pengkhianat UMNO yang sudah tersingkir.

Isu ini mesti ditangani dengan segera supaya orang Melayu dan akar umbi mendapat maklumat yang betul.

UMNO memerlukan kualiti pemimpin dan akar umbi yang berkualiti dan bukannya kuantiti.

 

UMNO Perlukan Pemimpin Dan Akar Umni Berkualiti Bukan Kuantiti

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Meet Us:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button