WIGC tawar hadiah cincin berlian Poh Kong

WIGC tawar hadiah cincin berlian Poh Kong

WIGC tawar hadiah cincin berlian Poh Kong
Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong kembali dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik melibatkan 120 peserta.

KUALA LUMPUR – Kejohanan Bersiri Golf Wanita Poh Kong kembali dengan menawarkan pelbagai hadiah menarik melibatkan 120 peserta sekali gus menjadi pentas terbaik buat pemain mempamerkan aksi terbaik mereka.

Pengerusi Women In Golf Charter (WIGC), Datuk Merina Gan berkata, saingan pertama kejohanan anjuran bersama Persatuan Golf Malaysia itu akan berlangsung pada 3 Julai depan di Kelab Golf Kuala Lumpur.

Katanya, seterusnya perlawanan akan diadakan di Kelab Golf Horizon Hill di Johor Bahru pada 15 Oktober.



“Saingan dijangka sengit walaupun tiada penyertaan daripada pemain golf kebangsaan yang terlibat dengan acara di dalam dan luar negara.

“Kami menerima penyertaan penuh pada tahun lalu dan kali ini kami menyasarkan 120 peserta untuk kategori medal A, B dan C,” katanya pada sidang akhbar di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Suspek Yang Menjadi Dalang Menjual Tanah Rizab Melayu Di Reman




Menurut Merina, pemain berpeluang untuk mendapatkan Hole-in-One bernilai RM18,888 di samping pelbagai hadiah menarik untuk setiap kategori. Salah satu hadiahnya merupakan cincin berlian satu karat.

Angka lapan dipilih kerana ia membawa maksud kemahsyuran dan kemewahan menurut masyarakat Cina.

“Kelainan pada tahun ini ialah kami mempertaruhkan trofi untuk juara keseluruhan bagi dua saingan tersebut,” katanya.

Antara penaja untuk kejohanan tahun ini termasuk Crest Link (M) Sdn. Bhd., Big Shot, Delay No More, Kelab Golf Impian, The Mines, Kota Permai dan lain-lain. – KOSMO! ONLINE



WIGC tawar hadiah cincin berlian Poh Kong

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Ada Sesiapa Yang Berminat Dengan Budak Nie?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button