Bekalan lembu korban di Johor mencukupi

 

Oleh – Syeikh Baran


Bekalan lembu korban di Johor mencukupi
ZAHARI (tengah) memotong kek sebagai simbolik merasmikan Majlis Karnival Jualan Usahawan Industri Asas Tani Jabatan Pertanian Negeri Johor. -Foto BAZLAN IBRAHIM

Kerajaan negeri memberi jaminan bekalan lembu berada ditahap mencukupi bagi memenuhi keperluan umat Islam untuk melakukan ibadah korban menjelang sambutan Aidiladha pada pertengahan bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar negeri, Datuk Zahari Sarip berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berlaku kekurangan bekalan lembu di negeri ini.



Tambahnya, pihaknya juga tidak menerima sebarang aduan bahawa ada berlaku kenaikan harga jualan yang didorong oleh kenaikan harga barang ketika ini.

“Harga jualan lembu di Johor direkodkan sekitar RM5,000 sehingga RM6,000 seekor pada tahun lalu dan kita tidak menjangkakan berlaku kenaikan pada tahun ini.

“Kita juga menjangkakan tidak berlaku kekurangan bekalan lembu menjelang perayaan Aidiladha pada 17 Jun ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Perasmian Karnival Usahawan Industri Asas Tani (IAT) Anjuran Jabatan Pertanian Negeri Johor 2024 di Angsana Johor Bahru Mall, di sini hari ini.

Zahari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buloh Kasap berkata, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah dan Negeri akan memantau bekalan lembu di negeri ini bagi memastikan ia memenuhi keperluan bagi tujuan ibadah korban.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button