Lelaki hilang 11 hari lalu ditemui mati dalam kereta

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki hilang 11 hari lalu ditemui mati dalam kereta
ANGGOTA bomba mengusung mayat yang ditemui di dalam sebuah kereta di Kampung Parit Baru Kayu Ara Pasong, Pontian hari ini.

Mayat seorang lelaki berusia 31 tahun yang telah reput ditemui dalam sebuah kereta berhampiran reban ayam di Kampung Parit Baru Kayu Ara Pasong, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan berhubung penemuan mayat lelaki kira-kira pukul 10 pagi.



“Siasatan awal mendapati lelaki itu dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan mayat telah reput.

“Lelaki itu juga merupakan orang yang pernah dilaporkan hilang sejak 21 Mei lalu,” katanya hari ini.

Terdahulu tular satu rakaman video memaparkan orang awam menemui mayat lelaki dalam kereta Toyota Vios yang diletakkan di sebatang jalan tanah merah berhampiran dengan sebuah reban ayam.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button