Tiga rakan maut Toyota Vellfire terbabas, tenggelam dalam parit

Oleh – Syeikh Baran


Tiga rakan maut Toyota Vellfire terbabas, tenggelam dalam parit
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa yang terperangkap selepas Toyota Vellfire dinaiki mereka terbabas dan tenggelam di dalam parit di Jalan Skudai, Johor Bahru hari ini.

Tiga maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Vellfire dinaiki mereka terbabas sebelum terjatuh ke dalam parit besar di Jalan Skudai di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.20 pagi itu, mangsa meninggal dunia terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki dewasa dan hubungan mereka dipercayai rakan.



Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I, Haizrul Ahmad berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di lokasi mendapati benar terdapat sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire terbabas dan masuk ke dalam parit dengan kedalaman dua meter.

“Terdapat tiga mangsa terperangkap di dalam kenderaan tersebut. Mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki dewasa,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Haizrul barkata, pihak bomba melakukan operasi mengeluarkan kesemua mangsa dengan menggunakan tali dan strecher.



Katanya, kesemua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan disahkan meninggal dunia sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button