Fury, Usyk kembali bertarung

Fury, Usyk kembali bertarung

Fury, Usyk kembali bertarung
PERTARUNGAN pertama menyaksikan Usyk (kanan) berjaya meleburkan rekod tanpa kalah Fury dengan meraih kemenangan. – AFP

RIYADH – Hasrat jaguh tinju Britain, Tyson Fury untuk kembali ‘beradu’ dengan seteru tradisi yang juga juara dunia heavyweight, Oleksandr Usyk menjadi kenyataan apabila pertarungan kedua itu dijadualkan berlangsung pada 21 Disember depan.

Sebagai rekod, pada Usyk mencipta sensasi selepas bergelar juara dunia heavyweight yang tidak pernah ditewaskan dalam tempoh 24 tahun apabila menumbangkan Fury pada pertarungan pertama di Arab Saudi pada 19 Mei lepas.

Pertarungan tersebut berlangsung sengit sehingga ke pusingan ke-12 sebelum pengadil memutuskan kemenangan buat Usyk dengan keputusan 115-112, 113-114, 114-113.



Susulan itu, Usyk yang kini menyandang tali pinggang heavyweight WBA, WBC, IBF dan WBO membuka tawaran kepada Fury jika mahu menebus klausa dalam kontrak untuk mengatur perlawanan ulangan secepat mungkin.

Penganjur sukan tinju di Arab Saudi, Turki Alalshikh mengesahkan persetujuan antara kedua-dua petinju sudah dimeterai dengan saingan berlangsung pada penghujung tahun nanti.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Yang Pasti UMNO Tidak Akan Terima Kembali Annuar Musa




“Ini adalah peluang untuk dunia menyaksikan detik bersejarah sekali lagi dan saya harap peminat tinju gembira dengan berita ini. Pertarungan kedua Usyk-Fury bakal berlangsung pada 21 Disember di Riyadh,” kata Alalshikh.

Pengesahan tersebut menyaksikan harapan seorang lagi jaguh heavyweight Britain, Anthony Joshua untuk bertarung dalam masa terdekat dengan Fury terpaksa ditangguhkan.

Usyk ketika ini memiliki rekod profesional 22-0 sepanjang kariernya manakala Fury 34-1-1 apabila tewas buat kali pertama sebelum ini. – AGENSI

Fury, Usyk kembali bertarung


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button