Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid

“Beauty With Brain”

Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid

Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid
Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid

Pasti semua mengenali dengan Leona yang merupakan selebriti internet Malaysia dan merupakan anak kepada selebriti dan arkitek Azhar Sulaiman.

Seringkali Menjadi Ikutan

via Youtube Apa Cerita

Pelbagai gosip dan ‘trend’ yang dilakukan olehnya sering kali menjadi ikutan warga net terutamanya bagi golongan yang lebih cenderung kepada menggunakan media sosial TikTok.

Terbaru, satu video yang dimuat naik di Instagram milik Asyraf Khalid apabila dia mengadakan segmen ‘podcast’ bersama Leona telah menjadi perhatian warga net.



Dengan situasi yang sekarang ini, dimana rata-rata pelajar lepasan SPM telah mengambil keputusan mereka, dilihat segmen kali ini bertepatan dengan apa yang dibincangkan oleh Asyraf dan Leona dalam ‘podcast’ mereka.

Antara salah satu slot dalam segment tersebut adalah mengenai pendidikan Leona dan pengalamannya sebagai pelajar.

Kepentingan Ilmu Dan Pembelajaran

Dalam video tersebut Leona menjelaskan mengenai kepentingan memiliki ilmu dan menghabiskan pelajaran bagi setiap individu.

Sempat menemubual @kasihirisleona di podcast @apaceritatv! Kami bercakap tentang pengalamannya sebagai seorang pelajar, dan saya mesti katakan, satu perkara yang saya sangat mengaguminya ialah rasa ingin tahunya dan keberaniannya mengotorkan tangannya.



Walaupun berasal dari keluarga yang terhormat, dia sentiasa bersedia untuk menyingsing lengan bajunya dan menimba pengalaman dunia sebenar.

Malah Asyraf turut memuji dengan sikap dan keberanian yang ditonjolkan oleh Leona ketika sesi podcast tersebut menerusi pengalamannya.

Raih Pujian Netizen

Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid
via Instagram Asyraf Khalid
Video yang dimuat naik itu bukan sahaja menerima pujian dari Asyraf, dan jika dilihat diruangan komen, rata-rata memuji dengan apa yang telah diutarakan oleh Leona.

Malah rakan selebriti juga turut kagum dengan penyampaian Leona dan menjadi perhatian apabila Aznil Haji Nawawi juga turut menyatakan bahawa Leona sebagai “Beauty with Brain”.

Kecantikan dengan otak berfikirian kritis. Tahniah Leona!



Komen tersebut juga mendapat komen balas dari netizen dan rata-rata bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Paknil itu.

Pak Nil Puji Leona Dalam Segmen Podcast Bersama Asyraf Khalid


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pembohongan Zeti Terbongkar Di Mahkamah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button