Balai polis dibaling pasu, dua lelaki bermotosikal diburu

Oleh – Syeikh Baran


Balai polis dibaling pasu, dua lelaki bermotosikal diburu
Gambar Hiasan

Berang ditegur anggota polis kerana tidak memakai topi keledar, seorang pembonceng motosikal bertindak membaling pasu bunga tembikar ke arah pagar Balai Polis Serdang, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A Anbalagan berkata, kejadian pada pukul 6.30 pagi itu dipercayai dilakukan dua lelaki tempatan yang menaiki motosikal dalam keadaan mabuk tanpa topi keledar.



Jelasnya, suspek telah berhenti di hadapan pintu pagar balai polis terbabit sebelum ditegur oleh anggota bertugas.

“Salah seorang suspek yang juga pembonceng motosikal telah membaling sebuah pasu bunga tembikar ke arah pagar sebelah kiri balai polis sebelum melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, motif kejadian dipercayai akibat tidak puas hati apabila anggota bertugas telah memberi amaran kepada sekumpulan lelaki bermotosikal yang tidak memakai topi keledar.

“Pada pukul 2.30 pagi, anggota bertugas telah memberikan amaran kepada sekumpulan penunggang motosikal yang jaraknya kira-kira 20 meter dari lokasi kejadian,” katanya.



Justeru itu, Anbalangan memaklumkan pihaknya sedang giat mengesan suspek terlibat dan kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes disiasat boleh menghubungi IPD Serdang di talian 03-80742222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Hakimi di talian 011-17681105.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button