Kes Zayn Rayyan: ‘Saya tahu anak, menantu ditahan daripada rakan’

Oleh – Syeikh Baran


Kes Zayn Rayyan: ‘Saya tahu anak, menantu ditahan daripada rakan’
Zahari (kiri) Zayn Rayyan (kanan).

Keluarga kepada bapa kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin,6, enggan mengulas lanjut berhubung penahanan anak serta menantu mereka buat masa ini.

Datuk kepada kanak-kanak itu, Zahari Mohd Reba, 56, berkata, penahanan anak lelaki dan menantunya hanya diketahui menerusi rakannya yang turut mengikutinya melakukan ekspedisi di sebuah hutan di Dungun, Terengganu.



Katanya, dia tidak mempunyai maklumat yang jelas berhubung penahanan mereka.

“Buat masa sekarang saya tidak boleh ulas apa-apa sebab sekarang sedang berada baru keluar dari hutan di Dungun Terengganu.

“Di hutan jaringan internet tidak begitu kuat, saya hanya dimaklumkan penahanan itu daripada rakan-rakan sahaja,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Justeru itu, Zahari berkata, keluarganya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga dirinya pulang dan berbincang bersama keluarga.



“Keluarga saya tidak dapat keluarkan kenyataan buat masa ini, tunggu sehingga saya pulang,” jelasnya.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari bermula semalam hingga 7 Jun bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

6 Disember tahun lalu, mayat Zayn Rayyan ditemui di anak sungai berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Polis mengesahkan mangsa dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak yang mempunyai kaitan dengan jenayah.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button