Lelaki aniaya kucing sampai mati diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki aniaya kucing sampai mati diberkas
Bangkai kucing yang ditemui dalam parit di Kota Giam, Jelutong, semalam.

Polis menahan seorang lelaki tempatan selepas disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing sehingga mati, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek berusia dalam lingkungan 40-an itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada seorang pengadu wanita kelmarin.



“Suspek iaitu seorang lelaki berusia 40-an telah ditahan di kawasan Jelutong dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015,” katanya di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan pihak polis sedang mengesan seorang individu yang disyaki melakukan perbuatan kejam melemparkan guni berisi seekor kucing ke dalam parit di Kota Giam, Jelutong di sini.

Berdasarkan laporan yang diterima, pengadu wanita berusia 31 tahun ternampak seorang lelaki dari Kota Giam telah membuang satu guni ke dalam parit terbabit kira-kira pukul 8.30 pagi.

Pengadu yang bekerja sebagai penghantar makanan bagaimanapun gagal menyelamatkan kucing tersebut apabila haiwan itu ditemui sudah mati.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button