Kieda Crepe rugi RM800,000, peti besi dilarikan perompak

Oleh – Syeikh Baran


Kieda Crepe rugi RM800,000, peti besi dilarikan perompak
Tingkap yang dipercayai dipecah masuk perompak sebelum melarikan peti besi berisi barangan kemas bernilai RM800,000.

Seorang usahawan wanita yang juga pempengaruh, Kieda Crepe mendakwa kerugian kira-kira RM800,000 susulan peti besi berisi barangan kemas miliknya dilarikan perompak dalam kejadian pecah masuk di kediamannya di Pokok Sena, di sini pada 25 April lalu.

Berkongsi mengenai kejadian itu menerusi video berdurasi enam minit 34 saat itu, Kieda atau nama sebenarnya Siti Nur Khalieda Yusra, 27, memaklumkan sudah genap 40 hari kejadian itu berlaku dan sehingga kini masih belum ada tangkapan dilakukan pihak polis.



Suaminya,Muhammad Hilmi Mohd Zaki berkata, ketika itu dia dan keluarganya baru pulang ke rumah mereka kira-kira pukul 11.40 malam.

Katanya, sebaik sahaja masuk ke rumah, dia menyedari sesuatu telah berlaku susulan terdapat kelainan di bahagian ruang tamu.

“Kieda menghubungi sepupunya dan saya meminta isteri dan anak-anak duduk di dalam kenderaan. Saya dan sepupunya kemudian memeriksa bahagian luar rumah dan mendapati mendapati tingkap telah diumpil.

“Keadaan dalam rumah tidak berselerak kecuali bilik tidur di mana sebuah peti besi telah dilarikan perompak terbabit,” katanya.

 
Siti Nur Khalieda atau Kieda Crepe dan suami.

Kieda mendakwa, peti besi seberat kira-kira 200 kilogram (kg) yang berisi barang kemas bernilai RM800,000 itu diletakkan di dalam almari di sebuah bilik tidur.



“Semangat Kieda hilang bila barang kemas hilang dan selain itu, duit raya pun ada yang perompak gagau (ambil).

“Sudah cukup 40 hari baru Kieda ada kekuatan untuk ‘update’, tapi sehingga sekarang masih belum ada tangkapan. Kieda berharap siapa yang ada maklumat mengenai barang kemas tolong beritahu Kieda, akan ada ganjaran untuk anda,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button