Tiada tangkapan lain selain ibu bapa Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Tiada tangkapan lain selain ibu bapa Zayn Rayyan
Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia melihat lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan Abdul Mattin di Damansara Damai pada Disember lalu.

Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi berhubung penahanan ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh, Disember tahun lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan secara menyeluruh selepas menahan reman ibu bapa mangsa sehingga 7 Jun.



“Tempoh reman tujuh hari masih berjalan, jadi bagi ruang pihak polis menyiasat terlebih dahulu.

“Setakat ini tangkapan hanya dua orang sahaja iaitu ibu bapa mangsa, tiada tangkapan lain,” katanya ringkas kepada pemberita.

Razarudin ditemui selepas Majlis Penutup Kejohanan Kuda Lasak Piala Ketua Polis Negara Sempena Hari Polis Ke-217 di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP), Lembah Bidong, hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button