Warga emas maut nahas pulang mengaji

Oleh – Syeikh Baran


Warga emas maut nahas pulang mengaji
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas tiga buah kenderaan di kilometer 32.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pukul 1.15 tengah hari tadi. Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

Wanita warga emas maut, manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 32.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa, Zahariah Shariff, 66, dari Chengkau di sini dikatakan baru pulang dari mengaji di sebuah madrasah di Bongek.



Menurut saksi, Haris Fadli Harun, 36, kejadian berlaku sekelip mata ketika dia melalui kawasan tersebut dan mangsa masih lagi berada di dalam kenderaan masing-masing.

“Saya bersama orang awam membuka pintu kereta Perodua Axia dan ternampak sebuah beg berisi Al-Quran di riba mangsa. Wanita itu tersepit di kaki,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd. Kadar Shaik Mohamed berkata, kemalangan melibatkan Perodua Axia dipandu warga emas tersebut dan kereta Proton Iswara dipandu lelaki berusia 49 tahun serta kereta Proton Wira.

Siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia dari arah Rembau menghala ke Tampin dan setibanya di lokasi pemandu kereta itu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.



“Kereta itu melanggar Proton Iswara yang datang dari arah bertentangan. Pemandu Proton Wira di belakang Proton Iswara tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kenderaan tersebut.

“Pemandu kereta Perodua Axia disahkan maut di lokasi, manakala pemandu Perodua Iswara pula berada di Hospital Rembau kerana kecederaan di kepala dan badan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button