Budak disuruh berhenti main bola melantun kena X70

Oleh – Syeikh Baran


Budak disuruh berhenti main bola melantun kena X70
Perkongsian Siti Hajar di Facebook

Ramai berpandangan kawasan permainan termasuk gelanggang futsal dan badminton tidak sesuai dibina bersebelahan ruang parkir terutama di kawasan perumahan.

Pendapat ini disuarakan orang ramai apabila pengguna Facebook, Siti Hajar Rahman berkongsi situasi seorang penghuni apartmen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan kanak-kanak bermain bersebelahan keretanya.



Menurut aduan yang diterima, setiap kali kanak-kanak terbabit bermain bola di gelanggang kecil, pasti akan berlaku insiden bola terkena kenderaan yang parkir di kawasan sekitar.

“Budak-budak disuruh berhenti main sejak bola melantun terkena kenderaan X70 (Special Edition). Isu ini sudah berlarutan agak lama, namun masih belum ada solusi yang ‘win-win’ untuk kedua pihak.

“Setiap kali kereta dia balik, maka akan bertempiaran lari lah anak-anak dari bermain. Untuk aku sebagai mak, macam mana nak beritahu anak supaya jangan main walhal itu satu proses untuk dia membesar. Untuk makluman, itu sahaja kawasan bermain yang ada (di blok)

“Dan betul juga, jika aku sebagai pemilik kereta, aku pun tak suka kalau kereta aku sentiasa dalam risik,” katanya.



Menjengah ke ruangan komen, ramai meminta pihak pemaju untuk mengkaji semula pembinaan ruang bermain di kawasan yang lebih sesuai dan selamat selain jauh daripada risiko berbahaya lain.

“Tak sesuai tempat bermain sebelah kawasan parkir. Memang akan ada kenderaan yang risiko rosak dan pecah,” kata Nurul.

“Sediakan garis panduan untuk setiap pemaju perumahan bina kemudahan, kadang-kadang memang asal boleh sahaja. Tak ambil kira risiko keselamatan sekeliling,” ujar Najmi.

“Nak suruh budak-budak itu main tempat lain, mana lagi kawasan sesuai lebih-lebih lagi klau kawasan rumah jenis sempit. Hanya ada satu dua kawasan sahaja yang disediakan untuk ruang bermain. Mungkin kalau macam kes kakak tu, boleh minta pengurusan naikkan pagar sekeliling ruang bermain,” cadang Khairulxx.



Sumer – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button