Novan Amiruddin CEO baharu Kumpulan CIMB

Novan Amiruddin CEO baharu Kumpulan CIMB

Novan Amiruddin CEO baharu Kumpulan CIMB
Novan Amirudin.

Kuala Lumpur: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) mengumumkan pelantikan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulannya berkuat kuasa pada 1 Julai 2024.

Novan kini adalah Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Perbankan Borong Kumpulan (GWB) yang juga Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Bank Berhad.

Sejak menyertai CIMB pada 2022, Novan telah mengubah GWB, yang merupakan perniagaan terbesar dalam CIMB, dan melaksanakan model operasi baharu untuk memudahkan pelaksanaannya.



Di bawah kepimpinannya, CIMB juga berjaya merangkul semula kedudukan sebagai bank pelaburan nombor satu di Malaysia dari segi penguasaan pasaran dan mengetuai kemasukan semula Kumpulan ke perniagaan ekuiti awam, melalui pemerolehan dan pelancaran semula CIMB Securities.

Seorang Akauntan Bertauliah, Novan mempunyai pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam perbankan dan khidmat nasihat di seluruh Malaysia, Indonesia dan Singapura.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mahathir, satu satunya individu hadapi Dua RCI




Sebelum JP Morgan, Novan bersama PwC, pakar dalam nasihat Kewangan Korporat.

Pengerusi CIMB, Datuk Mohd Nasir Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Novan Amirudin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB.

“Beliau adalah seorang jurubank berpengalaman yang cemerlang dalam strategik kepimpinan dan menunjukkan rekod prestasi yang kukuh dalam transformasi dan memandu keputusan organisasi.

“Pelantikan Novan juga akan menyediakan kesinambungan strategi dan pelaksanaan, memanfaatkan platform kukuh yang dibina atas kejayaan dan pencapaian Pelan Strategik Forward23+ CIMB,” katanya dalam kenyataan.



Bagi menyokong Novan, Kumpulan juga mengumumkan pelantikan Gurdip Singh Sidhu sebagai CEO CIMB Bank dan Malaysia.

Dalam peranan baharunya, Gurdip akan bertanggungjawab terutamanya untuk pengurusan harian CIMB di Malaysia dan operasi terasnya.

 

Novan Amiruddin CEO baharu Kumpulan CIMB


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri




 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button