Nur Fatihah wanita pertama dilantik sebagai CEO ZTMB

Nur Fatihah wanita pertama dilantik sebagai CEO ZTMB

Kuala Lumpur: Zurich Takaful Malaysia Bhd (ZTMB) melantik Nur Fatihah Mustafa sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa semalam, yang juga wanita pertama dilantik menerajui kumpulan berkenaan.

Nur Fatihah menjadi wanita pertama dilantik sebagai ketua syarikat takaful di Malaysia, satu langkah penting terhadap kepelbagaian gender dan inklusif dalam industri.

Nur Fatihah wanita pertama dilantik sebagai CEO ZTMB
Nur Fatihah Mustafa

Ketua Pegawai Eksekutif Negara/Ketua Zurich Malaysia, Junior Cho berkata, pelantikan Nur Fatihah bukti komitmen kumpulan terhadap kepelbagaian gender dan inklusif.



“Kami percaya beliau menjadi inspirasi dan memperkasakan kakitangan berprestasi tinggi lain di Zurich untuk mengisi jawatan kepemimpinan.

“Rekod prestasinya yang terbukti, pemahaman mendalam terhadap industri takaful, dan komitmen terhadap pengalaman pelanggan menjadikan beliau calon ideal menerajui ZTMB dalam mencipta masa depan lebih cerah untuk perniagaan takaful. Kami berbangga melantik Nur Fatihah sebagai CEO ZTMB,” katanya.

Nur Fatihah sebelum ini berkhidmat sebagai Wakil Sah ZTMB dan memainkan peranan penting dalam memfokus semula pada pertumbuhan strategik, memacu penyampaian produk dan inovasi, serta mencari peluang mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai peneraju pasaran takaful di Malaysia.

Beliau memulakan kerjaya bersama Zurich Malaysia pada 2018 sebagai Ketua Perakaunan & Pelaporan Kewangan Takaful Am (FAR) sebelum dinaikkan pangkat sebagai Pengawal Takaful FAR.



Nur Fatihah wanita pertama dilantik sebagai CEO ZTMB

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri




Related Articles

Leave a Reply

Back to top button