Pencuri kereta Honda City jerit ‘kau diam’

Oleh – Syeikh Baran


Pencuri kereta Honda City jerit ‘kau diam’
Napisah berkongsi pengalaman berdepan detik cemas dilarikan seorang lelaki bersama kereta milik anaknya.

“Mak cik tekad hendak terjun (dari kereta).”

Demikian cerita warga emas, Napisah Muhammad, 68, ketika berkongsi pengalaman berdepan ketika cemas dilarikan lelaki bersama kereta milik anaknya dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Semambu di sini semalam.



Bagaimanapun wanita itu bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan setelah dilepaskan suspek kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.

Napisah berkata, sepanjang berada di dalam kereta bersama suspek, bahu kirinya dipegang dan dijerkah supaya duduk diam.

“Masa mula-mula mak cik tidak perasan ada lelaki masuk ke dalam kereta kerana mak cik hanya pandang ke arah tandas (stesen minyak).

“Tiba-tiba seorang lelaki masuk dan duduk di sebelah mak cik (tempat duduk pemandu), ketika itu mak cik cuba lari, tetapi dia (suspek) pegang mak cik.



“Dia pegang bahu mak cik sambil kata ‘kau diam’. Mak cik cuba keluar, tetapi ketika itu dia pecut kereta. Mak cik nampak anak mak cik kejar kereta,” katanya di sini hari ini.

Bimbang dibawa lari lebih jauh, Napisah berkata, dia meronta-ronta untuk keluar dari kereta sebelum suspek bertindak memperlahankan kenderaan di kawasan kedai tidak jauh dari stesen minyak tersebut.

“Sampai di jalan besar, dia masuk simpang kiri ke kawasan kedai. Semasa kenderaan bergerak, mak cik meronta-ronta dah nak keluar. Dia memperlahankan kereta. Selipar mak cik tercicir di situ.

“Lepas itu dia cakap “kau nak keluar, kau berambus”. Dia memperlahankan kereta, dia tolak makcik keluar,” katanya yang sempat mengambil beg tangan anaknya sebelum ditolak keluar oleh suspek.



Dalam kejadian pada pukul 3.10 petang itu, Napisah dan suami serta anaknya berhenti di sebuah stesen minyak untuk mengisi petrol dan ke tandas sebelum kereta itu dilarikan seorang lelaki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button