Siti Nurhaliza Jawab Soalan Peminat Mengenai Pengalaman Mistik Sepanjang Kerjayanya [VIDEO]

Raih Perhatian Ramai!

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato Sri’ Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.

“Sebenarnya Ada Je, Tapi Memilih Untuk Tidak Dikongsikan Pada Orang Lain”-Kata Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @sitinurhalizafan yang meraih perhatian ramai. Video berkenaan kini meraih jumlah tontonan sebanyak 8,654, sebanyak 245 tanda suka dan sebanyak 16 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang diminta untuk berkongsi cerita mistik sepanjang kerjayanya, namun jawapan tokti menarik perhatian ramai.

“Nak dengar cerita mistik ke? saya tak berapa banyak sangat cerita mistik ni”-Kata Tokti

“So far alhamdulillah lah sepanjang saya bergelar anak seni, saya bersyukur kepada Allah sebab perkara-perkara mistik tak pernah lagi berlaku kepada diri saya”-Tambah Tokti

@sitinurhalizafan

DS Siti Nurhaliza Share Cerita Mistik 🤓

♬ original sound – Siti Nurhaliza Fans – Siti Nurhaliza Fans

Rata-rata netizen teruja melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa, semestinya akan ada satu atau dua cerita mistik namun Tokti memilih untuk tidak menceritakan.

Siti Nurhaliza Jawab Soalan Peminat Mengenai Pengalaman Mistik Sepanjang Kerjayanya [VIDEO]

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Peguam Ibu Bapa Allahyarham Zayn Rayyan Tarik Diri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button