Bekas jurutera mengaku tidak bersalah minta rasuah RM30,000

Oleh – Syeikh Baran


Bekas jurutera mengaku tidak bersalah minta rasuah RM30,000
Syaiful Marzuki Roslan (kiri) dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Alor Setar selepas menghadapi pertuduhan rasuah, hari ini.

Seorang bekas jurutera awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan meminta rasuah sebanyak RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat, tujuh tahun lalu.

Tertuduh, Syaiful Marzuki Roslan, 43, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Priscilla Hemamalini Nadarajan.



Mengikut pertuduhan, dia didakwa meminta wang sebanyak RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat kejuruteraan sebagai balasan untuk memberi kelulusan kemajuan kerja dijalankan syarikat berkenaan bagi projek Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Perbuatan itu seterusnya bagi membolehkan bayaran dibuat oleh TNB kepada syarikat tersebut.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Tapak Kembang Serantau, bilik konsultan tapak cadangan meroboh empat unit rumah rehat sedia ada dan membina semula kondominium lapan tingkat untuk pekerja TNB di Padang Matsirat, Langkawi dekat sini pada pukul 4 petang, 18 April 2017.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button