Jerung putih mati diserang paus pembunuh

Oleh – Syeikh Baran


Jerung putih mati diserang paus pembunuh
BANGKAI jerung putih dan ikan lumba-lumba di dalam perutnya ditemui di Cape Timur. – Foto Facebook/Kevin Cole/Muzium Timur London

Seekor jerung putih besar sepanjang 4.57 meter yang ditemui terdampar di sebuah pantai di Afrika Selatan dipercayai menjadi mangsa paus pembunuh, lapor akhbar New York Post semalam.

Jerung putih itu baru memakan seekor dolfin sebelum diserang oleh pemangsa yang lebih besar. Ia adalah penemuan pertama seumpamanya di Afrika Selatan.



Menurut seorang ahli biologi marin, Alison Towner, jerung itu ditemui di muara Sungai Nyara, Cape Timur pada 29 Mei lalu selepas pemburu haiwan telah mencuri giginya secara haram.

Gambar menunjukkan bangkai jerung putih itu yang sebahagian besarnya masih utuh berada di tepi pantai.

Turut ditemui ialah bangkai seekor ikan lumba-lumba berukuran panjang 2.01 meter yang baru dimakan. Badan haiwan itu terputus kepada empat bahagian.

“Hati jerung pula hilang dengan hanya bahagian kecil tisu yang tinggal,” kata Towner mengenai keputusan autopsi penuh pada hari sama.



Menurutnya, jerung itu dibunuh oleh seekor paus pembunuh berdasarkan cengkaman gigi yang ditemui pada kepala ikan pemangsa  itu. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button