Inspektor, Brigedier dipecat selepas ‘kantoi’ curang

Oleh – Syeikh Baran


Inspektor, Brigedier dipecat selepas ‘kantoi’ curang
Dua pegawai terbabit telah dilucutkan daripada jawatan mereka. – Istimewa

Seorang polis wanita berpangkat Brigedier Polis Dua (Bripda) ditangkap berdua-duaan di sebuah bilik hotel bersama kekasih gelapnya  yang juga merupakan pegawai polis atasan, lapor laman berita Tribunnews kelmarin.

Mereka ditangkap oleh suami wanita itu sendiri, yang juga anggota polis berpangkat sarjan.



Menurut si suami yang hanya dikenali sebagai ZM, ini bukan kali pertama isterinya berlaku  curang.

Wanita itu pernah ditangkap bersama lelaki berbeza sebanyak dua kali sejak beberapa tahun lalu.

Namun dalam kejadian terbaharu, wanita dikenali sebagai DTR itu menjalin hubungan terlarang dengan pegawai kanannya sendiri yang berpangkat Ajun Inspektor Polis Satu (Aiptu).

Mereka ditangkap oleh ZM dan penyambut tetamu selepas mendaftar masuk ke sebuah bilik hotel di Surabaya, wilayah Jawa Timur.



Disebabkan kecewa dikhianati untuk kali ketiga, ZM membuat keputusan untuk melaporkan perkara itu kepada pihak atasan.

Menurut laporan, pihak polis dengan segera melucutkan jawatan kedua-dua pegawai tersebut dan mereka menjalani sesi perbicaraan di mahkamah. – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button