Wanita disaman lebih RM3,000 undur kereta di lebuh raya

Oleh – Syeikh Baran


Wanita disaman lebih RM3,000 undur kereta di lebuh raya
KERETA dipandu seorang Wanita mengundur di sebuah lebuh raya Vietnam. – Foto Tuoi trer news/Supplied

Seorang wanita disaman sebanyak 17 juta dong (RM3,128), manakala lesen memandunya  digantung selama enam bulan kerana mengundurkan sebuah kereta di Lebuh Raya Bandar Raya Ho Chi Minh -Long Thanh- Dau Giay, lapor portal berita VnExpress semalam.

Kelmarin kereta hitam  dipandu wanita terbabit melalui lebuh raya dari Bandar Raya Ho Chi Minh ke Dong Nai tetapi terlajak melepasi simpang keluar ke Lebuh Raya Phan Thiet-Dau Giay.



Pemandu itu kemudian memberi isyarat dan mengundurkan kenderaan untuk memasuki simpang tersebut. 

Kejadian itu dirakam kamera papan pemuka sebuah  kereta yang berada di belakangnya.

Video itu kemudiannya dikongsi di internet.

Polis trafik menyiasat kes itu dan mengenal pasti pemandunya ialah seorang wanita berusia 35 tahun yang tinggal di utara Bandar Hai Phong. –  AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button