Kes Ebit Lew didakwa rogol Mondy Tattoo ‘no further action’ – Peguam

Oleh – Syeikh Baran


Kes Ebit Lew didakwa rogol Mondy Tattoo ‘no further action’ – Peguam
Ebit Lew dan Mondy Tatto.

Pendakwah bebas, Ebit Lew tidak akan didakwa atas tuduhan merogol seorang pempengaruh dari Indonesia, Mondy Tattoo selepas pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan kes tersebut (no further action).

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Ebit atau nama penuhnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew di sini hari ini.



Menurut peguam itu, segala barang kes yang dirampas seperti telefon bimbit dan kad sim juga telah dipulangkan semula oleh pihak polis.

“Polis sudah selesai siasatan (dakwaan) rogol yang dibuat oleh Mondy terhadap Ebit Lew pada 14 September 2023. Keputusan oleh Timbalan Pendakwa Raya adalah tidak diteruskan. Jadi Ebit tidak akan dituduh (di mahkamah) sebab tiada kes dan barang kes (seperti) telefon bimbit dan kad sim milik Ebit juga telah dipulangkan semalam.

“Saya sebagai peguam Ebit telah dimaklumkan sendiri oleh pihak polis semalam,” kata peguam terbabit melalui aplikasi Whatsapp.

Selain itu, Akberdin turut memaklumkan bahawa Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan 1 Julai ini untuk menentukan jumlah ganti rugi yang perlu dibayar oleh kedua-dua pempengaruh tersebut.



Pada 11 Oktober tahun lalu, media melaporkan kertas siasatan berhubung dakwaan kes rogol dan gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal terbabit diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Terdahulu pada 26 September 2023, Ebit memfailkan saman fitnah terhadap Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli dan Mondy atau nama sebenarnya, Dita Restu Amanda.

Menurut penyataan tuntutan yang difailkan, Ebit selaku plaintif memberitahu beliau mula mengenali Mondy yang memperkenalkan dirinya sebagai ibu tunggal dan gelandangan ketika menjalankan aktiviti kemanusiaan di Jakarta, Indonesia pada 7 Jun 2023.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button