Cuaca panas landa 4 daerah di Kelantan Sabtu ini

Oleh – Syeikh Baran


Cuaca panas landa 4 daerah di Kelantan Sabtu ini
Gambar Hiasan

Empat daerah di Kelantan dijangka menerima cuaca panas mencecah 37 darjah Celsius selama tiga hari berturut-turut sehingga Sabtu ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, empat daerah berkenaan melibatkan Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah dan Pasir Mas, dengan suhu maksimum harian mencecah 37 darjah Celsius dikesan hari ini.



“Cuaca panas dengan suhu diantara 35 hingga 37 darjah Celsius turut dikesan melanda daerah Baling di Kedah, Hulu Perak dan Kuala Kangsar di Perak,” katanya.

Dalam pada itu, menurut sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, bagi kes penyakit berkaitan cuaca panas juga menunjukkan peningkatan daripada 88 kes pada 27 Mei kepada 93 kes kini.

“Pemantauan sehingga 3 Jun 2024 mendapati jumlah kes kumulatif bagi penyakit berkaitan cuaca panas meningkat kepada 93 kes berbanding 88 kes pada 27 Mei 2024.

“Kesemua kes berkenaan meliputi 21 kes strok haba, 67 kes kelesuan haba dan lima kes kejang haba iaitu melibatkan 72 dewasa, 16 remaja, tiga kanak-kanak dan dua warga emas,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button