Dakwaan Guan Eng minta rasuah 10 peratus tidak didedah kepada SPRM – Saksi

Oleh – Syeikh Baran


Dakwaan Guan Eng minta rasuah 10 peratus tidak didedah kepada SPRM – Saksi
GUAN ENG

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu dakwaan bahawa Lim Guan Eng meminta rasuah 10 peratus hasil keuntungan projek terowong dasar laut Pulau Pinang tidak pernah didedahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2018.

Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli, 65, berkata, perkara itu tidak dinyatakan kepada SPRM yang merekodkan keterangannya enam tahun lalu kerana ketika kejadian siasatan dijalankan terhadap ahli perniagaan, G. Gnanaraja melibatkan kes lain.



Ketika memberikan keterangan di mahkamah pada 17 Disember 2021, ahli perniagaan itu mengaku Guan Eng pernah meminta rasuah 10 peratus hasil keuntungan yang diperoleh  syarikatnya berhubung pelaksanaan projek berkenaan.

Zarul Ahmad berkata, ketika keterangannya direkod SPRM, beliau turut memberitahu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu tidak pernah meminta apa-apa wang berhubung pelaksanaan projek melibatkan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menurut Zarul Ahmad, Guan Eng malah memberi jaminan tidak akan ‘mengganggu’ projek berkenaan yang merupakan projek Kerajaan Persekutuan.

Ahli perniagaan itu menyatakan demikian pada prosiding mencabar kredibiliti beliau sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kes rasuah projek terowong dasar laut Pulau Pinang melibatkan Guan Eng.



Zarul Ahmad ketika itu merupakan Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) yang dilantik melaksanakan projek berkenaan yang menelan belanja RM6.3 bilion.

Selepas mendengar keterangan Zarul Ahmad, mahkamah menangguhkan perbicaraan pada 19 Julai ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button