Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam

Oleh – Syeikh Baran


Ibu bapa Zayn Rayyan tertekan – Peguam
Bapa Zayn Rayyan yang ditahan bagi membantu siasatan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Selepas ditahan dan direman bagi membantu siasatan, ibu dan bapa kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, berada dalam keadaan tertekan.

Peguam Ilyani Khuszairi yang mewakili pasangan itu berkata, anak guamnya sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya anak mereka berada di luar.



“Berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan, dapat tengok muka dia, (Zaim) menangis ketika bertanya soalan, dan sering mengatakan bahawa pembunuh sebenarnya ada di luar,” kata peguam itu.

Dalam pada itu peguam itu turut mengatakan segala layanan polis terhadap kedua-dua anak guamnya sepanjang siasatan adalah baik.

Tambah peguam itu, apa yang diharapkan anak guamnya agar kes ni dapat diselesaikan selain siasatan dapat dijalankan secara telus dan adil agar keadilan terhadap arwah anak mereka dapat dicapai.

Terdahulu Mahkamah Majistret di sini hari ini membenarkan reman terhadap pasangan itu disambung lagi selama enam hari lagi.



Perkara itu dimaklumkan peguam Fahmi Abd Moin, yang mewakili pasangan itu ketika ditemui selepas prosiding di sini sebentar tadi.

Menurut peguam itu, perintah reman baharu tersebut dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal dan akan akan tamat pada Rabu depan

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button