Ini adalah fitnah, saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan

Oleh – Syeikh Baran


Ini adalah fitnah, saya dianiaya – Bapa Zayn Rayyan
Ibu bapa Zayn Rayyan ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini. – Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

Ibu bapa kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan tiba di Mahkamah Majistret di sini sebentar tadi.

Semasa dibawa berlaku kekecohan apabila bapa Zayn yang memakai baju lokap melaungkan perkataan ‘ini adalah fitnah, saya dianiaya, ini semua fitnah’.



Selain itu, seorang individu dipercayai ahli keluarga suspek turut menjerit ‘Isma, Zaim be strong.’

Terdahulu, pasangan itu dibawa ke mahkamah pada pukul 9.30 pagi.

Hari ini tempoh reman selama tujuh hari terhadap pasangan itu telah tamat selepas mereka ditahan pada Jumaat minggu lalu di Puncak Alam.

Sebelum ini pasangan itu ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak berstatus orang kelainan upaya (OKU) tersebut.



Pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Pada 7 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan ditemukan di kawasan anak sungai, berhampiran kawasan Apartmen Idaman, Damansara Damai pada pukul 10 malam.

Mayat mangsa ditemukan oleh sekumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediaman keluarganya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button