Penunggang motosikal maut langgar lembu

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang motosikal maut langgar lembu
PENUNGGANG motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian selepas melanggar seekor lembi di Jalan Pantai Sepat berhadapan The Saddle Resort di Kuantan malam tadi.

Seorang pekerja kedai makan maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Jalan Pantai Sepat berhadapan The Saddle Resort di Kuantan malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 9 malam itu berlaku ketika mangsa, Mohamad Daniel Asraf Abdul Zahir, 20, dalam perjalanan dari arah Tanjung Lumpur menghala ke Cherok Paloh di sini.



“Apabila sampai di tempat kejadian tiba-tiba seekor lembu melintas jalan menyebabkan mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC hilang kawalan dan melanggar lembu tersebut.

“Akibat kejadian mangsa telah meninggal dunia di lokasi,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati lokasi kejadian adalah jalan lurus dan semasa kejadian permukaan jalan kering dan jalan adalah rata.



Ujarnya, kenderaan akan menjalani pemeriksaan Puspakom dan polis sedang giat mengesan saksi kejadian untuk melengkapkan siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button