Haji bukan tempat untuk berpolitik – Arab Saudi
Oleh – Syeikh Baran
Menteri Haji dan Umrah, Tawfiq Al-Rabiah mengingatkan jemaah bahawa haji adalah ibadah keagamaan, dan bukan tempat untuk berpolitik, lapor laman berita The New Arab.
“Tempoh haji adalah untuk beribadah, bukan untuk menyebarkan sebarang slogan politik.
“Kerajaan Arab Saudi komited untuk memastikan bahawa ia dapat mewujudkan tahap pengabdian, ketenangan dan kerohanian tertinggi,” katanya.
Kenyataan tersebut diumumkan selepas kira-kira 1.2 juta jemaah haji dari seluruh dunia tiba di Mekah untuk musim haji kali ini.
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi mengumumkan bahawa ibadah haji akan bermula pada 14 Jun ini, manakala umat Islam yang berada di negara itu akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 16 Jun. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE