Peminta sedekah enggan terima wang

Oleh – Syeikh Baran


Peminta sedekah enggan terima wang
TANGKAP layar menunjukkan seorang lelaki yang cuba memberi wang kepada warga emas berkenaan. – Instagram @santripedulisosial

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan tindakan seorang peminta sedekah menolak wang yang diberikan seorang inividu kerana terlalu banyak, lapor laman berita Tribunnews semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @santripedulisosial, warga emas berkenaan dilihat enggan menerima wang yang diberikan oleh seorang lelaki. 



“Saya tidak boleh menerima wang sebanyak itu, saya tidak berani,” kata peminta sedekah itu. 

“Jika saya ambil, saya harus bertanggungjawab dan menjawab di akhirat kelak,” tambahnya lagi. 

Selepas enggan menerima wang itu, lelaki tersebut kelihatan pasrah lalu menuruti permintaannya untuk membelikan nasi sahaja.  

Rakaman itu menjadi tular dan mengundang perhatian orang ramai.



“Imannya sudah sampai di fasa paling tinggi, bukan sembarangan Masya-Allah,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Ilmu warga emas itu sangat tinggi dan luar biasa,” kata pengguna lain.  – AGENSI 

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button