Lelaki curi Honda City disambung reman empat hari

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki curi Honda City disambung reman empat hari
TANGKAP layar kereta jenis Honda City dilarikan seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Kuantan baru-baru ini.

Lelaki yang ditangkap selepas mencuri sebuah kereta Honda City di sebuah stesen di Semambu, di sini Isnin lalu, disambung reman empat hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata tempoh reman dilanjutkan bagi menjalankan siasatan ke atas lelaki itu mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.



“Lelaki yang melarikan sebuah kereta di Semambu disambung reman selama empat hari sehingga Selasa ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu pada Rabu lalu, lelaki berusia 40 tahun itu direman dua hari selepas ditahan di sebuah rumah yang diceroboh di Kampung Chinta Manis, Karak Bentong.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button