Budak perempuan 5 tahun maut didera, ibu bapa angkat ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Budak perempuan 5 tahun maut didera, ibu bapa angkat ditahan
Gambar Hiasan

Polis menahan pasangan suami isteri bagi membantu siasatan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun disyaki didera semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, maklumat kejadian itu dilaporkan pegawai perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada 9.45 pagi selepas seorang kanak-kanak perempuan dihantar ke wad kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Katanya, bantuan pernafasan (CPR) segera diberikan kepada mangsa sebelum kanak-kanak itu disahkan telah meninggal dunia.

“Pemeriksaan ke atas tubuh mangsa mendapati terdapat kesan lebam di seluruh badan disyaki dipukul mengggunakan objek tumpul, selain luka koyak dan lebam pada peranakan luar dan dubur mangsa.

“Hasil bedah siasat yang dijalankan pada pukul 3.30 petang hari sama mendapati punca kematian disebabkan pelbagai kecederaan akibat objek tumpul,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pihak polis telah pergi ke rumah kanak-kanak itu di Taman Malkop, Silibin dan menangkap pasangan suami isteri yang merupakan ibu dan bapa angkat mangsa.



Katanya, siasatan terhadap wanita berusia 27 tahun dan suaminya berusia 66 tahun dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Permohonan reman terhadap kedua-dua suspek itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintenden Norazlina Rais Ahmad di talian 013-6282176 atau balai polis berhampiran,” ujar beliau.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button