Guna tong plastik isi diesel sebelum 12 tengah malam

Oleh – Syeikh Baran


Guna tong plastik isi diesel sebelum 12 tengah malam
Anggota penguatkuasaan KPDN memeriksa tong plastik mengandungi diesel disyaki bersubsidi di Paka, Dungun hari ini.

Aktiviti penyelewengan diesel bersubsidi pada saat-saat akhir menjelang penyelarasan subsidi bahan api itu pada pukul 12 tengah malam tadi berjaya dipatahkan pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Paka kelmarin.

Dalam serbuan pada pukul 9.40 malam tersebut, seorang ahli sindiket tersebut ditahan ketika mengisi minyak diesel bersubsidi pada tong plastik terhadap pada sebuah lori di sebuah stesen minyak di mukim tersebut.



Pengarah KPDN Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, pemeriksaan menemui tujuh tong plastik berisi minyak diesel bersubsidi dianggarkan sebanyak 140 liter.

“Serbuan turut merampas empat unit pam air, lori dan beberapa dokumen berkaitan. Pemandu lori berusia 40-an yang disyaki anggota sindiket berkenaan juga diberkas.

“Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM98,371,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, siasatan awal percaya suspek sering membeli minyak diesel bersubsidi di stesen-stesen minyak sekitar Paka dan Kerteh, Kemaman.



Jelas beliau, modus operandi susoek iala mengisi minyak diesel bersubsidi itu di dalam tong-tong plastik berkapasiti 25 liter setiap satu.

“Setakat ini, kita percaya minyak diesel bersubsidi yang diseleweng itu digunakan untuk pengoperasian jentera berat bagi kerja-kerja mengorek pasir,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button