Kemalangan rombongan guru: Operasi SK Jeram diteruskan seperti biasa

Oleh – Syeikh Baran


Kemalangan rombongan guru: Operasi SK Jeram diteruskan seperti biasa
Wong Kah Woh dalam sidang akhbar yang diadakan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan.

Operasi pengajaran dan pembelajaran Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka tidak terjejas susulan kejadian kemalangan yang membabitkan rombongan guru dan kakitangan sekolah terbabit di Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran simpang tiga Bahau semalam.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh berkata, sekolah terbabit beroperasi seperti biasa dengan bantuan pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Alor Gajah, Melaka.



Katanya, pihak PPD juga akan membantu pihak sekolah untuk mengatur dari segi jadual dan masa pengoperasian sekolah.

“Berkenaan operasi SK Jeram, pihak PPD sedang membantu pihak sekolah untuk memastikan operasi pengajaran dan pembelajaran sekolah anak-anak kita tidak terjejas.

“Untuk ini pihak PPD telah memberikan bantuan kepada pihak sekolah aturkan dari segi jadual masa dan pengoperasian sekolah. Jadi dari segi itu tidak ada masalah,” katanya dalam sidang akhbar selepas melawat mangsa kemalangan yang masih menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, di sini.

Menurutnya, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka dan Pahang bersedia menghulurkan bantuan kepada semua guru, kakitangan dan murid yang terlibat.



Terdahulu, empat mangsa meninggal dunia dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah malam yang menyaksikan bas terbabit terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button