Lelaki tular rosakkan kereta dengan helmet diberkas

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki tular rosakkan kereta dengan helmet diberkas
Tangkap layar seorang lelaki yang tular merosakkan kereta dengan helmet di Jalan Sungai Pinang.

Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai terlibat dalam kes merosakkan sebuah kereta dengan menggunakan topi keledar di Jalan Sungai Pinang, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab. Hamid berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.



“Suspek lelaki berusia 30-an ini ditahan kira-kira pukul 7 petang semalam di kawasan Flat Jalan Sungai Pinang.

“Kes berkenaan disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,” katanya di sini, hari ini.

Sebelum ini, tular kejadian seorang lelaki dilihat berkali-kali mengetuk kereta dipandu seorang lelaki dengan menggunakan helmet.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 2.50 petang, Sabtu lalu di mana suspek merosakkan kereta mangsa kerana dia tidak berpuas hati selepas mangsa terlanggar motosikal suspek.



“Suspek mengajak mangsa bergaduh selepas mangsa terlanggar motosikal suspek namun mangsa tidak mahu memanjangkan keadaan dan berlalu pergi.

“Namun suspek mengekori kereta mangsa kerana tidak berpuas hati lalu merosakkan kereta mangsa,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button