Majlis kahwin himpun semua kaum

Oleh – Syeikh Baran


Majlis kahwin himpun semua kaum
Suasana majlis perkahwinan yang meriah dengan kehadiran pelbagai bangsa.

Sebuah video tular di media sosial kerana memaparkan pasangan pengantin berada dalam satu majlis perkahwinan yang disertai kaum berbilang bangsa.

Menurut seorang pengguna di TikTok @Lovehazirah, dia buat pertama kali menghadiri majlis perkahwinan yang disertai tarian singa, kompang dan gendang India yang dimainkan kaum Melayu, India dan Cina.



“Meriahnya! Pertama kali pergi majlis kahwin ada tarian singa, kompang dan gendang India.

“Seronok! Perpaduan kaum sangat ini,” tulisnya menerusi kapsyen TikTok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong majlis perkahwinan yang terdiri dari pelbagai bangsa dan berharap untuk terus menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

“Wow meriahnya! Ini baru satu Malaysia, ini adalah perasaan yang terbaik dengan tarian singan dan urumi,” kata seorang netizen.



“Tidak kira Melayu, Cina dan India, Kita adalah rakyat Malaysia,” ujar seorang pengguna TikTok.

“Sumpah seronok tengok semua bersatu, semoga perpaduan antara kita kekal sampai bila-bila,” kata seorang netizen lagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button