Gelap mata dengan pulangan pelaburan, wanita rugi RM358,120

Oleh – Syeikh Baran


Gelap mata dengan pulangan pelaburan, wanita rugi RM358,120
Gambar Hiasan

Gelap mata dengan hasil keuntungan berjumlah RM48,000 yang dibayar secara berperingkat mengikut jumlah pelaburan, seorang wanita rugi RM358,120 selepas wang dimasukkannya dalam empat akaun berbeza tidak mendapat sebarang bayaran balik.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, mangsa yang berusia 37 tahun dan bekerja sebagai penjawat awal itu menjadi mangsa selepas terpengaruh dengan iklan dalam laman sesawang Facebook.



Katanya, pelaburan berasaskan saham dari negara China dan menggunakan kumpulan WhatsApp a088 Primco Malaysia Club.

“Pada 25 April lalu mangsa telah melayari satu pautan dalam Facebook sebelum disambungkan ke aplikasi WhatsApp dan berhubung dengan suspek menyatakan minat untuk menyertai pelaburan yang diiklankan.

“Bermula daripada 25 April mangsa telah membuat 53 transaksi ke empat akaun berbeza termasuk wang keuntungan hasil pelaburan awal dengan jumlah keseluruhan RM358,120 kononnya untuk mendapatkan pulangan lumayan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

BAHRIN

Menurut Bahrin lagi, mangsa yang mula menyedari tidak lagi mendapat pulangan kemudiannya membuat pencarian dalam laman sesawang itu sebelum mendapati bahawa pelaburan itu tidak wujud.



Ujarnya, berikutan daripada laporan yang diterima pada 8 Jun, pihaknya membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebatan atau dengan denda.

“Sekiranya mengenal pasti diri menjadi mangsa penipuan, orang ramai juga dinasihatkan untuk berhubung melalui Taliban National Scam Response Centre (NSRC) ditalian 997 sebagai tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang ke dalam akaun suspek,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button