Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol

Oleh – Syeikh Baran


Suami mengaku salah pukul isteri dengan batang mop, kayu besbol
Gambar Hiasan

Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul isterinya menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik bulan lalu.

Tertuduh Inderjit Singh, 45, membuat pengakuan bersalah itu selepas pertuduhan di bacakan terhadapnya di hadapan Hakim Hamidah Mohamed Deril.



Bagaimanapun mahkamah menetapkan 18 Julai ini untuk jatuh hukum.

Mengikut pertuduhan, Inderjit didakwa dengan sengaja telah menyebabkan kecederaan kepada isterinya Sukhvinder Kaur
dengan cara memukul beberapa kali menggunakan batang mop, kayu besbol dan membaling kerusi plastik warna putih kepada mangsa.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah unit kondominium di Jalan Ipoh, Taman Rainbow, Sentul di sini pukul 3 petang, pada 5 Mei lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 324/326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu, jika sabit kesalahan.



Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd. Rauf menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin.

Namun tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah atas alasan mempunyai tanggungan keluarga.

Selepas mendengar makluman dan permohonan kedua-dua belah pihak, Hakim Hamidah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button