Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon

‘Saya Akan Fikirkan..’

Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon

Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon

Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam akui lebih selesa melibatkan diri dalam bidang lakonan selepas berpisah dengan kumpulan The Gadys.

‘Sebenarnya saya undur diri sebab tawaran berlakon’

Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon



Ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran drama bersiri Viu yang berjudul Bawah Payung Awan, baru-baru ini, Nelissa atau nama sebenarnya Nelissa Edreena Nizam, 26, berkata, meskipun telah meninggalkan kumpulan The Gadys namun hubungan mereka berada dalam keadaan baik. Malah masih mengekalkan ikatan persahabatan.

Sebenarnya saya undur diri dari The Gadys sebab tawaran berlakon banyak dan jadual saya sangat sibuk. Saya tak nak susahkan The Gadys sebab mereka terpaksa ikut jadual saya. Bagi saya, itu tidak adil bagi mereka.

Saya ada beri kata-kata semangat dekat mereka. Kami ni kawan, hubungan kami sama je macam dulu cuma saya sibuk dengan drama. Tapi dekat The Gadys memang saya ada bagi sokongan. Apa-apa yang mereka buat, saya doakan yang terbaik.

Saya tak terfikir pun keputusan undurkan diri dari The Gadys tu adalah tepat sebab bagi saya, mungkin ini adalah rezeki. Daripada orang tak tahu, tiba-tiba orang kenal The Gadys.



Dalam pada itu, pelakon filem Saka Perawan itu menjelaskan ada menerima beberapa tawaran untuk kembali ke bidang nyanyian namun dia menolak atas kesibukan kariernya sebagai pelakon.

Peluang dan tawaran menyanyi tu ada cuma sekarang memang tak cukup tangan. Tiap hari memang di set untuk filem dan drama. Mungkin lepas habis drama, saya akan fikirkan.

Terdahulu, kumpulan The Gadys dianggotai oleh empat gadis iaitu Nelissa, Aznie Azmi, Ayunie Rizal dan Faa Zaini.

November tahun lalu Nelissa dan Faa Zaini mengumumkan mengundurkan diri daripada The Gadys disebabkan jadual kerjaya yang padat.



Untuk info, kumpulan The Gadys kini dianggotai oleh Azie, Thamiera dan Ayunie.

Nelissa Nizam Terpaksa Tolak Tawaran Menyanyi Sebab Sibuk Berlakon

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button