Ekonomi Selangor sumbang 25.9% KDNK tahun lalu

Ekonomi Selangor sumbang 25.9% KDNK tahun lalu

Ekonomi Selangor sumbang 25.9% KDNK tahun lalu
Mohd Uzir

PERTUMBUHAN ekonomi Selangor pada tahun lalu menyaksikan negeri itu menerajui sumbangan dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, sebanyak 25.9 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata ia diikuti Kuala Lumpur (15.9 peratus), Johor (9.5), Sarawak (9.1 peratus), Pulau Pinang (7.4 peratus) dan Sabah (5.3 peratus)

“Enam negeri ini menyumbang 73.0 peratus kepada ekonomi nasional pada 2023 berbanding 72.9 peratus pada 2022.



“Pada 2023, ekonomi Malaysia berkembang sederhana sebanyak 3.6 peratus, namun semua negeri mencatatkan pertumbuhan positif yang menggalakkan,” katanya ketika sesi Pembentangan serta Soal Jawab Berkenaan Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) KDNK Mengikut Negeri, 2023, secara dalam talian, semalam.

Beliau berkata bagi prestasi ekonomi mengikut negeri pada 2023, empat negeri mengatasi perumbuhan di peringkat nasional iaitu Selangor yang berkembang 5.4 peratus, Pahang 5.2 peratus, Johor 4.1 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 3.7 peratus.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguambela Lelaki Israel Yang Di Tangkap Rupa Rupanya Mesra Perikatan Nasional




Katanya prestasi ekonomi Selangor, Pahang dan Johor dipacu oleh sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan.

“Bagi Selangor dan Johor, sektor perkhidmatan berkembang masing-masing 6.1 peratus dan 5.4 peratus didorong pertumbuhan subsektor utiliti, pengangkutan dan penyimpanan dan maklumat dan komunikasi.

“Sementara itu, bagi Pahang, pengembangan sektor ini sebanyak enam peratus disokong oleh perdagangan borong dan runcit, makanan dan minuman dan penginapan,” katanya.

Ekonomi Selangor sumbang 25.9% KDNK tahun lalu

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mungkinkah GIP Di Perlukan Kerana Projek BRI Bermasalah?

 



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button