AFFINMAX raih Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024

AFFINMAX raih Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024

AFFINMAX raih Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024
ANUGERAH diterima iktiraf peranan AFFINMAX dalam perkhidmatan perbankan borong.

PLATFORM perbankan internet korporat AFFINMAX daripada Affin Bank Berhad memenangi Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah berkata, pengiktirafan ini bukti komitmen berterusan bank berkenaan terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam menyediakan penyelesaian pengurusan tunai yang terbaik.

“Anugerah berprestij itu mengiktiraf AFFINMAX atas peranannya yang penting dalam perkhidmatan perbankan borong.



“Platform ini menawarkan pelbagai penyelesaian yang komprehensif termasuk pengurusan tunai, pengurusan kecairan dan penyelesaian e-dagang seperti FX serta kiriman wang merentasi sempadan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Asian Banking And Finance Wholesale Banking Awards 2024 di Singapura, baru-baru ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pemimpin UMNO Sedang Lakukan Sesuatu Tapi Tak Boleh Beritahu, Haa Gituuu




Wan Razly Berkata, kejayaan ini selari dengan visi bank untuk muncul sebagai syarikat kewangan paling kreatif di Malaysia, seperti yang dipandu oleh tiga tonggak Pelan AFFIN Axelerate (AX28) iaitu perkhidmatan pelanggan yang tiada tandingan, kepemimpinan digital dan juga perbankan bertanggungjawab dengan impak.

Pada November tahun lalu, bank itu melancarkan aplikasi mudah alih AFFINMAX 2.0 yang memperkenalkan ciri-ciri baharu seperti modul transaksi dan MyCashier.

Sejak pelancarannya, aplikasi mudah alih itu mendapat sambutan yang luas di semua platform, termasuk iOS, Android, dan Huawei.



AFFINMAX raih Anugerah Bank Pengurusan Tunai Domestik Malaysia 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button