Tawar diskaun 30%

Tawar diskaun 30%

Tawar diskaun 30%
DARI 1 Julai hingga 31 Julai 2024, MR DIYmenawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai produk.

KUMPULAN MR DIY (M) Berhad (MR DIY) menganjurkan siri promosi strategik sepanjang Julai sempena pembukaan kedainya yang ke-1,200 di negara ini

Dari 1 Julai hingga 31 Julai 2024, ia menawarkan diskaun sehingga 30 peratus untuk pelbagai produk, termasuk barangan isi rumah, perkakasan, elektronik, alat tulis serta makanan dan minuman.

Diskaun istimewa ditawarkan untuk barangan seperti penyegar udara, tuala, pelembut fabrik, bateri, fon telinga dan tisu.



Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh berkata, penmbukaan itu menjadi bukti terhadap model perniagaan yang teguh.

Selain itu katanya, ia menunjukkan kepercayaan dan kesetiaan pelanggan terhadap jenama itu.

“Pencapaian ini menekankan komitmen kami untuk sediakan produk berkualiti pada harga kompetitif.

“Promosi semasa adalah langkah strategik untuk memberi ganjaran kepada pelanggan dan mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami,” katanya.

Sebagai sebahagian sambutan, MR DIY memperkenalkan harga istimewa pada item terpilih termasuk Stokin Lelaki (3’s) pada harga RM4.30 setiap satu (berbanding harga biasa, RM6.30).



Selain itu, senapang gam panas 7W pada harga RM11.90 setiap satu (harga biasa RM16.90), tuala dapur Premier (2 helai x 120 helai) pada harga RM6.50 setiap satu (harga biasa RM7.90).

Tawaran lain termasuk pelbagai jenis gel wangi Glade pada harga RM14.90 setiap satu (berbanding harga biasa RM18.30). Tawaran ini boleh didapati di semua cawangan MR DIY seluruh negara.

Tawar diskaun 30%

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button