F1: Perez nafi wujud klausa ‘ditendang’ Red Bull
F1: Perez nafi wujud klausa ‘ditendang’ Red Bull
LONDON – Pemandu Mexico, Sergio Perez menafikan spekulasi mengenai klausa kontrak perjanjian bersama pasukan Red Bull bahawa dia kemungkinan boleh ‘ditendang’ keluar sekiranya gagal memberikan persembahan terbaik musim ini.
Terdapat laporan menyebut bahawa kedudukan Perez bersama Red Bull dalam bahaya kerana pasukan itu boleh mengaktifkan klausa untuk memecat Perez sekiranya dia ketinggalan lebih 100 mata di belakang rakan sepasukannya, Max Verstappen .
Bagaimanapun, Perez yakin kedudukannya bersama Red Bull tahun depan tetap cerah biarpun dia ketinggalan 137 di belakang Verstappen.
Ketika ini, pelumba Jepun, Yuki Tsunoda menjadi salah seorang pelumba yang disebut bakal menggantikan tempat Perez sekiranya Red Bull membuat keputusan untuk memecat pemandu berusia 34 tahun tersebut.
“Saya benar-benar fokus untuk memberikan yang terbaik buat Red Bull. Saya akan kekal di sini sehingga tahun depan dan tidak akan ada perubahan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ajak UMNO Sertai Muafakat Melayu sekadar satu perangkap .
-
Hamzah Cuma Ada 4 Tahun Sebelum Di Pancung Mahathir Dan Muhyiddin
Dr Akmal Salah Punching Bag Atau Haziq Salah Gelanggang
“Tiada apa-apa yang berkaitan klausa itu dan jelas sekali saya tidak boleh bercakap mengenai kontrak saya. Apa yang saya ingin katakan, dua perlumbaan seterusnya adalah penting bagi saya.
“Saya tidak bercakap tentang perkara lain. Saya memberi tumpuan sepenuhnya untuk memberikan sepenuhnya dalam perlumbaan. Saya akan berada di sini dan hanya komited sepenuhnya kepada diri saya sendiri,” jelasnya. – AGENSI
F1: Perez nafi wujud klausa ‘ditendang’ Red Bull
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PAS bukan bawah pimpinan Ulama, tapi bawah Muhyiddin Kluster mahkamah
- Wan Ahmad Fayhsal Akan Di Gantung 6 Bulan
- Mungkinkah 20 Julai Akan Memberikan Sinar Kepada DS Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :