Lelaki tolak isteri dalam gaung direman tujuh hari

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki tolak isteri dalam gaung direman tujuh hari
LELAKI yang ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan bunuh isteri direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Gerik, Gerik hari ini.

Lelaki yang didakwa cuba membunuh isterinya dengan cara mencekik dan menolak ke dalam gaung di Kilometer 31.2, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Gerik-Jeli di sini minggu lalu, direman tujuh hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Savinder Singh dalam prosiding permohonan reman di Mahkamah Majistret Gerik hari ini.



Tempoh reman selama tujuh hari itu berlangsung sehingga Isnin depan.

Perintah reman itu bagi membolehkan polis melakukan siasatan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Terdahulu, suspek yang memakai baju T berlengan panjang dan seluar jeans berwarna hitam itu tiba di pekarangan mahkamah dengan kawalan anggota polis sekitar pukul 8.50 pagi dan dibawa keluar 50 minit kemudian.

Difahamkan, suspek yang juga seorang peniaga itu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling pada Rabu lalu kerana didakwa mencederakan abang kandungnya.



Lelaki terbabit kemudian direman selama enam hari untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan sebelum tangkapan semula dibuat polis Gerik sebaik sahaja tempoh remannya berakhir semalam.

Menerusi laporan media pada 1 Ogos lalu, seorang wanita berusia 32 tahun menempuh pengalaman menakutkan apabila nyaris maut di tangan suami sendiri selepas dicekik dan ditolak ke dalam gaung.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button