HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh

HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh

HAMAS Umum Pengganti Ismail Haniyeh

 

HAMAS menamakan pemimpin Gaza, Yahya Sinwar sebagai pengganti kepada Allahyarham Ismail Haniyeh, yang dibunuh di Tehran minggu lalu.

Sinwar dianggap arkitek serangan paling dahsyat ke atas Israel dalam beberapa dekad.



Kini bersembunyi di Gaza, menentang percubaan rejim untuk membunuhnya sejak permulaan perang.

“HAMAS mengumumkan pemilihan Komander Yahya Sinwar sebagai ketua biro politik.”

“Menggantikan Komander Ismail Haniyeh yang syahid, semoga Allah merahmatinya.”

“Pelantikan itu bermakna Israel perlu berhadapan dengan Sinwar mengenai penyelesaian kepada perang Gaza.”



“Ia adalah mesej mengenai ketabahan dan ia tidak berkompromi,” kata seorang diplomat serantau yang biasa dengan rundingan membabitkan Mesir dan Qatar.

Sinwar yang menghabiskan separuh hayat dewasanya di penjara Israel adalah pemimpin Hamas paling berkuasa yang masih hidup.

Dilahirkan di kem pelarian di bandar selatan Gaza di Khan Younis, Sinwar, 61, dipilih sebagai ketua Hamas di Gaza pada 2017.

Selepas pembunuhan Haniyeh, wilayah itu berada di ambang konflik serantau yang lebih luas selepas Iran berikrar membalas dendam.



Israel tidak mengaku bertanggungjawab atas pembunuhan itu.

Tetapi mengakui membunuh pemimpin kanan lain termasuk timbalan ketua Hamas, Saleh al-Arouri dan Mohammed Deif, komander tentera pergerakan itu.

Pegawai Hamas, Osama Hamdan memberitahu Al Jazeera bahawa pergerakan itu kekal komited untuk mencapai perjanjian.

Dan pasukan yang mengendalikan rundingan di bawah Haniyeh akan diteruskan di bawah Sinwar, yang sedang mengikuti rundingan itu dengan teliti.



Bagaimanapun Hani Al-Masri, seorang penganalisis politik di Ramallah mempunyai pendapat yang sedikit berbeza.

Beliau berkata pelantikan Sinwar untuk mengetuai pergerakan itu secara keseluruhan adalah satu cabaran langsung kepada Israel.

Setakat ini, Rumah Putih masih enggan mengulas mengenai pelantikan Sinwar.

 



Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button