Achey Minta Geng Sepah Tak Gaduh Di Media Sosial
“Bukan Nak Masuk Campur, Tapi Masing-Masing Dah Tua”
Achey Minta Geng Sepah Tak Gaduh Di Media Sosial
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang kontroversi yang melanda kumpulan Sepah baru-baru ini.
Isu ini telah mendapat perhatian ramai, tidak terkecuali pelawak terkenal Achey atau nama sebenar Mohd Nasir Hamzah.
Achey berkata, dia tidak memihak kepada sesiapa dalam hal ini dan hanya mahu melihat pelawak-pelawak seniornya itu dapat berbaik semula.
Saya neutral, ketiga-tiga mereka tu saya sayang dan mereka sangat baik.
Merekalah antara yang beri tunjuk ajar pada awal kemunculan kumpulan Bocey, jadi saya sayang mereka.
Menerusi laporan mStar, Achey juga ada memberi pesanan supaya masalah itu dapat diselesaikan secara tertutup dan tidak perlu diluahkan di media sosial.
Tambahnya lagi, kesemua daripada mereka sudah mempunyai banyak pengalaman dalam bidang seni jadi dia berharap mereka dapat saling bermaafan.
Saya tahu dari media sosial, tapi kisah dalaman mereka saya tak tahu. Bukan nak menyibuk, saya hormat mereka sebagai senior dalam industri.
Mereka pun dah besar seeloknya jika ada masalah bermaaf-maafanlah, masing-masing dah tua, jadi profesional, telefon dan selesaikan dengan baik, katanya.
Achey juga berkongsi cerita bahawa dia dan ahli Bocey juga pernah bergaduh, tetapi mereka menyelesaikannya dengan cara baik tanpa memberitahu kepada media sosial atau pihak luar.
Achey Minta Geng Sepah Tak Gaduh Di Media Sosial
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Beza Antara Atlit Dengan Politikus
- MIC Akan Tinggalkan BN?
- Mahathir tak perlu cabar cari wang disembunyi, memadai lakukan lafaz sumpah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :