Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Pertanyaan Peminat, Raih Perhatian [VIDEO]

“Tokti Dah Pujuk Afwa Ke Belum?”

Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Pertanyaan Peminat, Raih Perhatian [VIDEO]

Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Pertanyaan Peminat, Raih Perhatian [VIDEO]

Penyanyi tersohor negara iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza tidak perlu dikenalkan lagi, kerana satu Malaysia pasti mengenalinya. Penyanyi lagu ‘Jerat Percintaan’ itu masih kekal relevan hingga kini, malah setiap lagu keluarannya mendapat sambutan yang hangat!

Sejak kebelakangan ini, Tokti kelihatan banyak menghabiskan masa membuat live di media sosial miliknya terutamanya di laman instagram dan tiktok ketika berada di dalam kereta. Tambah pula, semenjak anak-anaknya semakin besar, Tokti banyak meluangkan masa bersama mereka jika tidak mempunyai pekerjaan pada hari tersebut.



“Dulu ‘Afiyah Anak Ibu’, Sekarang ‘Ibu Tak Sayang Afwa Pun’ Hahaha”-Netizen

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik @syaellowwsss yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 142 ribu, tanda suka sebanyak 6,274 dan sebanyak 62 komen.

Di dalam video berkenaan, memaparkan Tokti yang menjawab pertanyaan peminatnya yang menanyakan adakah beliau telah pujuk anaknya itu, selepas video anak lelakinya tular mengenai “Ibu Tak Sayang Afwa Pun” setelah melihat Afiyah menerima hadiah permainan.

@syaellowwsss

#CapCut POV:BILA @Siti Nurhaliza JADI AFWA COMEL 🫶 #sitinurhaliza



♬ bunyi asal – Syaellowwsss – Syaellowwsss

Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Mereka juga mengatakan bahawa gelagat Afwa sangat melucukan dan membuatkan ramai yang terhibur. Tambha mereka lagi, ayat Afwa tersebut telah menjadi tagline yang akan diingati terutamanya buat peminat-peminat Tokti.

Apa-apa pun, semoga Afwa dan Afiyah membesar menjadi anak soleh dan solehah yang taat pada ibu bapanya itu. Semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat.

Gelagat Siti Nurhaliza Jawab Pertanyaan Peminat, Raih Perhatian [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button